- Pakaian tradisional bagi wanita india ialah sari.
- Sari diperbuat daripada jenis, corak dan warna kain yang pelbagai.
- Pemakaian sari memerlukan sebidang kain berukuran 5 - 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut.
- Untuk memakainya, kain sari ini akan dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri.
- Semasa memakai sari, kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat bertujuan menyokong kain sari tersebut dari terlucut.
BAJU PUNJABI
- Pakaian salwar kameez atau baju Punjabi yang terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar, serta tudung kepala yang sesuai warnanya.
KURTA
- Kurta pula adalah pakaian tradisional bagi kaum lelaki India di majlis rasmi.
- Ia merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat daripada kain kapas atau linen.
sumber dari sini